suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja timbang PlayStation 4 di kaunter buah-buahan dipenjara 4 bulan

Gambar perhiasan. - Foto Pixabay

SEORANG remaja di Perancis dipenjarakan selepas membeli PlayStation 4 pada harga sangat murah dengan menimbangnya sebagai satu beg buah yang besar.

Lelaki berusia 19 tahun yang dinamakan sebagai Adel itu, membawa alat permainan tersebut dari rak pameran ke bahagian buah-buahan dan menimbangnya.

Dia kemudian meletakkan pelekat harga baharu ke atas bungkusan itu sebelum beratur di kaunter bayaran.

Adel membayar £7.86 (RM41.98) untuk beg 'buah' seberat 2.72 kilogram (kg) di sebuah pasar raya di Montbeliard, Perancis timur pada September lepas.

Harga sebenar PlayStation 4 adalah sekitar £ 297.30 (RM1587.95).

Pemandangan di bandar Montbeliard.

Adel kemudian menjual PlayStation itu pada harga £ 87.43 (RM466.99) untuk membayar tiket kereta api ke bandar asalnya di Nice di timur laut Perancis, lapor akhbar Perancis L'est Republicain.

Remaja itu mungkin boleh terlepas jika dia tidak kembali ke kedai yang sama pada keesokan harinya untuk cuba menipu sekali lagi.

Namun, dia berjaya ditangkap oleh polis dan dituduh mencuri, tetapi tidak hadir di mahkamah untuk mendengar perbicaraan.

Adel dihukum penjara empat bulan oleh di mahkamah majistret di bandar Montbeliard pada minggu lalu. - Daily Mail

PlayStation 4

Artikel Lain