suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spiderman masuk bank, rupanya kejutan hari terakhir bertugas

BIASANYA pegawai bank sentiasa berpakaian kemas dengan kemeja dan bertali leher sesuai dengan jawatan yang disandang.

Namun berbeza dengan seorang kakitangan bank di Sao Paulo, Brazil apabila penampilannya yang berbeza berbanding rakan sekerjanya menyebabkan ianya tular.

Walter Costa telah meletak jawatan, tetapi telah memakai sut Spiderman dan dengan selamba ke pejabat pada hari terakhir dia bertugas di bank berkenaan.

Video kehadirannya di pejabat dan bekerja dengan memakai pakaian adiwira itu telah menarik perhatian ramai.

Visual berdurasi 51 saat menunjukkan bagaimana lelaki itu duduk di mejanya dan menggunakan komputer bagi melaksanakan tanggungjawabnya, selain berbincang dengan rakan sekerja.

'Spiderman' ini juga sibuk mengedarkan sesuatu kepada kakitangan lain di pejabat itu.

Ramai beranggapan ia sesuatu yang unik dan memberi memori manis kepada dirinya dan rakan-rakan sebagai tanda selamat tinggal.

Video yang dimuat naik lelaki yang tidak dinamakan itu dipercayai rakan sekerja Costa di saluran YouTube.

Selain itu, Costa juga berkongsi hari terakhirnya di pejabat menerusi gambar yang dimuat naik ke akaun Instagramnya. - IndiaToday


Spiderman, Costa, Brazil

Artikel Lain