Cemas! Pengusung terjatuh atas keranda semasa pengebumian, mayat terkeluar - Dunia | mStar

Cemas! Pengusung terjatuh atas keranda semasa pengebumian, mayat terkeluar

BANYAK kejadian boleh berlaku semasa upacara pengebumian, dan kejadian ini mungkin antara yang paling teruk.

Seorang pengusung keranda tersadung dan terjatuh di atas keranda yang sedang dimasukkan ke dalam lubang kubur ketika orang ramai di sekelilingnya sedang sedih, dalam kejadian di daerah Pampas, Peru.

Pembawa keranda tersebut tergelincir, jatuh di atas keranda sebelum ‘mendarat’ di dalam lubang. Keranda tersebut turut terhempas dan terbalik.


Ketika lelaki itu bergelut untuk naik ke atas, mereka yang lain cuba menghalang penutup keranda daripada terbuka bagi mengelakkan mayat terjatuh, tetapi penutupnya kelihatan rosak.


Bagaimanapun lelaki itu berjaya keluar dari lubang kubur dan mayat tersebut berjaya dibawa naik walaupun tanpa penutup dan orang ramai dapat melihatnya.

Mayat kemudian dikebumikan semula seperti yang dirancang. -MetroUK

mayat , keranda

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain