suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serik masuk hospital, pesakit kongsi foto makanan yang dihidangkan kepadanya

SEORANG pesakit memuat naik foto hidangan yang disediakan pihak hospital sehingga ia tular dan menarik perhatian ramai.

Susulan perkongsian itu, ramai pelayar laman sosial turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan pesakit tersebut.

Menerusi foto berkenaan, Alex Cole-Hamilton mendedahkan hidangan telur dadar yang hitam akibat terlebih masak.

Kejadian itu berlaku sewaktu dia diatahn di Hospital Diraja Infirmary, Eddinburg.

Sepanjang 10 hari berada di sana, Alex menyifatkan makanan yang dihidangkan kepadanya sangat teruk.

Pelayar laman sosial turut berkongsi pengalaman hampir sama mereka.

"Ini makan malam saya. Makanan yang berterusan diberi kepada saya sangat teruk, ianya telur dadar kalau anda perasan," tulisnya.

Rata-rata pelayar laman sosial turut memberi komen dan menyifatkan telur dadar itu sangat teruk sehingga tidak sesuai untuk dimakan oleh haiwan mahupun manusia.

"Itu telur dadar? Teruknya. Mana sayur? Pesakit hanya akan sihat jika diberi makanan yang sihat dan seimbang," tulis seorang individu.

Pada tahun lalu, hospital di negara itu didakwa membelanjakan hanya £2 (RM9.39) untuk setiap hidangan pesakit.

Ia dikatakan lebih rendah berbanding harga makanan untuk satu kepala di penjara negara itu.- Daily Mail.

Artikel Lain