suria

Gadis kahwin paksa dirogol suami OKU, terima arahan ibu dari luar pintu bilik

Surrey berkongsi gambar perkahwinannya pada 1999.

SEORANG wanita yang dipaksa berkahwin atas pilihan keluarga mendakwa dia dirogol suaminya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dengan menerima arahan daripada ibunya.

Sunny Angel berkata suaminya yang mempunyai masalah pembelajaran menerima arahan ibunya yang berdiri di luar pintu bilik mereka untuk memastikan perkahwinan itu 'terlaksana'.

"Selepas itu suami beritahu ibunya bahawa dia sudah selesai dan boleh tak kalau dia mahu makan coklat," kata Sunny yang mengimbau detik hitam itu ketika dia berusia 20 tahun.

Wanita itu mendakwa ibu mertuanya turut membiarkan suaminya menonton video lucah supaya dia belajar cara untuk mendapatkan anak.

Namun Sunny memberitahu Mirror Online bahawa dia tidak menyalahkan bekas suaminya itu dan menganggap lelaki itu dieksploitasi ibu mertuanya.

Sunny mendakwa ramai OKU mudah dipengaruhi dan dipaksa untuk merogol oleh ibu bapa mereka sama seperti bekas suaminya.

"Semuanya atas nama penghormatan. Ia menyakitkan dan perbuatan itu salah," katanya.

Sunny Angel turut menulis buku berjudul Wings untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkahwinan paksa.

Kini berusia 40 tahun dan tinggal di Surrey, London, Sunny berkata bekas suaminya yang hanya dikenali sebagai Ajay dipercayai menerima arahan untuk merogolnya.

"Saya boleh lihat di matanya dia tidak mahu merogol saya atau pukul saya," katanya kepada The Sun.

Mengenai ibu mertuanya, Sunny mengimbau kembali kata-kata wanita itu.

"Ibu mertua saya kata, saya mahu cucu lelaki, anda perlu lakukan ini... dia kemudian berdiri di luar pintu setiap kali kami melakukan seks memberitahu anak lelakinya apa yang patut dilakukan.

"Saya fikir dia diarahkan untuk berbuat demikian. Dia seperti tidak mahu melihat saya dalam keadaan bogel. Dia kelihatan amat takut," katanya.

Perkahwinan Sunny diaturkan oleh keluarganya yang merancang untuk menyatukan mereka ketika dia berusia 19 tahun.

Ketika itu, perkahwinan paksa tidak diharamkan seperti hari ini. 

Perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat bulan selepas Sunny dimasukkan ke hospital gara-gara ibu mertuanya membiarkannya kelaparan.

Selepas bercerai, Sunny kembali ke pangkuan keluarganya. - Mirror.co.uk

rogol, OKU

Artikel Lain