suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanibal tetak, minum darah ibu akhirnya ditahan

Yadav didakwa membunuh ibunya dengan kejam.

SEORANG lelaki kanibal yang disyaki menetak dan minum darah ibunya ditahan selepas melarikan diri selama tiga minggu.

Dilip Yadav, 27, didakwa meminum darah Sumariya, 50, selepas menetaknya menggunakan sebilah kapak.

Dia kemudiannya memotong badan ibunya kepada bentuk kecil sebelum meletakkannya di dalam api untuk upacara pemujaan.

Yadav didakwa telah menjamah bahagian badan ibunya dan minum darah tersebut sebelum mengalirkannya dekat Korba, India.

Dia kini dipenjarakan selepas ditahan 19 hari kemudian di rumah saudaranya.

Yadav melarikan diri daripada buruan polis selama tiga minggu.

Jiran mereka yang terperanjat dengan insiden itu mendakwa Yadav banyak dipengaruhi ilmu sihir dan sering bercakap mengenai pengorbanan manusia.

Dan Yadav mengakui kepada penyiasat bahawa dia mengamalkan ilmu hitam, lapor Zee News.

Yadav didakwa membunuh Sumariya dengan kejam selepas menyalahkan ibunya itu sebagai pemusnah rumah tangganya.

Suspek turut menggelar ibunya sebagai ahli sihir yang menyebabkan kematian bapa dan juga abangnya. - Mirror.co.uk

kanibal, tetak

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia