suria

Cip dalam otak manusia dengan sambungan internet dalam tempoh 2 tahun lagi?

Ramalan Darryl disiarkan menerusi Youtube. FOTO: Daily Express.

PELBAGAI ramalan dan bayangan mengenai masa hadapan sering diperkatan termasuklah kewujudan kereta terbang dan penggunaan robot secara meluas.

Namun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Darryl Dean berkata, manusia akan dilengkapi dengan cip yang ditanam dalam otak, yang mana ia boleh disambung dengan rangkaian internet, dalam tempoh dua tahun akan datang.

Lebih pelik, Darryl mengakui dia adalah pengembara masa yang sudahpun melawat masa hadapan sehingga tahun 2030.

Dia membuat pendedahan itu menerusi satu video Youtube yang dimuat naik oleh saluran konspirasi Apex TV.

"Apa yang saya akan nyatakan mungkin sukar untuk diterima orang ramai.

"Pada 2021, akan wujud satu cip yang menjadikan manusia enam kali lebih berkuasa dari kemampuan normal mereka.

"Cip yang ditanam dalam otak manusia itu juga boleh disambung dengan internet. Malah akan wujud WiFi yang boleh digunakan di seluruh dunia," ujarnya.

Tambah pemuda itu lagi, cip kad kredit juga akan ditanam di tangan kanan manusia, sekali gus memudahkan urusan jual beli pada masa akan datang.

"Tiada lagi wang tunai pada masa depan," katanya lagi.

Video itu menerima lebih 80,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada 1 Januari lalu.

Video itu turut dihujani pelbagai respon orang ramai.

"Tidak ada orang waras yang mahu cip ditanam di bawah kulit dalam badan mereka. Kami akan lawan dan bantah.

"Boleh mengembara ke masa hadapan tapi sampai hari ni tak boleh tentukan sama ada bumi mendatar atau bulat," tulis seorang individu. - Daily Star.

Darryl Dean, Masa Depan, Cip

Artikel Lain