suria

Percutian 'rare', anda bayar untuk tidur di rumah dikelilingi 77 singa

Rumah yang dikelilingi 77 singa sedia untuk disewa sempena percutian. Foto Lion House/Airbnb

SEBUAH rumah begitu unik di Afrika Selatan, The Lion House atau Rumah Singa yang membolehkan pelancong menikmati percutian mereka di tengah-tengah kawasan alam semula jadi, dikelilingi 77 singa dewasa.

Bayangkan anda tidur sambil kedengaran bunyi ngauman singa, dengan hanya mengetahui satu-satunya yang memisahkan anda dengan puluhan haiwan pemakan daging itu adalah pagar elektrik.

Jika ia kedengaran seperti sesuatu yang anda sering impikan, mulakan simpanan untuk menginap di Lion House.

Terletak di tengah-tengah kawasan perlindungan hidupan liar di Harrismith, Afrika Selatan, rumah ini mempunyai tiga bilik tidur.

Bagaimanapun, ia tidak mempunyai banyak kemudahan yang diharapkan bagi penginapan yang kadar sewa satu malam lebih AS$100 (RM414.59).

Ia tidak mempunyai kemudahan televisyen atau penyaman udara, tetapi menawarkan kawasan yang dikelilingi 77 singa.

Dibina oleh GG Conservation, sebuah badan bukan beorientasikan keuntungan, penempatan itu tidak membenarkan pembiakan singah atau interaksi awam.

Lion House disenaraikan perkhidmatan penyewaan rumah percutian dalam talian, Airbnb.

Ia membolehkan pengunjung mendekati lebih 70 raja haiwan itu di sebuah tempat yang dipanggil rumah, tanpa menganggu kehidupan haiwan berkenaan. - odditycentral

singa, airbnb

Artikel Lain