suria

Cahaya merah tembusi langit cetus spekulasi ada pihak cuba kawal cuaca

Cahaya merah pelik yang berlaku di Kanada baru-baru ini. FOTO: YOUTUBE/SECURETEAM10/SPAZZZZ

MENERUSI satu video tular, satu pancaran cahaya berwarna merah dilihat menembusi langit di Edmonton, Kanada.

Situasi yang disifatkan pelik dan luar biasa itu ternyata menimbulkan persoalan dalam kalangan saksi serta mereka yang menonton video berkenaan.

Malah, ada segelintir individu yang mengaitkan kejadian itu dengan HAARP yang dipercayai sebagai program rahsia kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan untuk mengawal cuaca.

Sebelum ini, ada yang mengaitkan HAARP dengan beberapa kejadian bencana alam seperti ribut, tsunami dan kehadiran cahaya-cahaya pelik di langit.

Stesen Angkasa Lepas (ISS). FOTO: Inverse

"Saya tak pernah lihat perkara seperti ini," ujar seorang juruforo yang terkejut.

"Cahaya apakah ini?" soal seorang individu pula.

Menurut seorang ahli teori konspirasi, cahaya merah seumpamanya pernah disaksikan di kawasan sama, yang mana ada yang mengandaikannya sebagai sisa meteor.

Cahaya tersebut juga pernah disaksikan menerusi siaran langsung Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2017.

Tambahnya, orang ramai juga bergelut dalam mencari penjelasan logik mengenai fenomena cahaya pelik itu.

Malah, ada yang mendakwa ia merupakan eksperimen kerajaan AS. - Daily Star.

Pancaran Cahaya, Edmonton, Kanada, HAARP

Artikel Lain