Google Maps silap, polis 'terlepas' lokasi mayat selama 18 bulan - Dunia | mStar

Google Maps silap, polis 'terlepas' lokasi mayat selama 18 bulan

Mayat Darrell ditemui di kediamannya di Laidley Creek. Foto Google

ORANG ramai kini menggunakan aplikasi mudah alih untuk navigasi jalan, tetapi kesilapan pada aplikasi Google Maps menyebabkan satu pasukan polis 'terlepas' lokasi mayat selama 18 bulan.

Polis dekat Brisbane, Australia mencari mayat Darrell Simon, yang dilihat kali terakhir pada November 2014.

Polis bergantung kepada Google Maps bagi mengetahui perimeter kediaman Simon, tetapi data tersebut memberi maklumat yang salah.

Ini bermakna mayat berkenaan tidak dijumpai di Laidley Creek sehingga Mei 2016.

Kematian Darrell diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

Koroner kini memutuskan bahawa mayat itu dapat ditemui lebih awal, sekiranya polis menggunakan peta yang lebih tepat.

Satu laporan oleh koroner negeri Queensland, John Lock, yang pertama kali dilaporkan oleh BBC, menjelaskan: "Kenyataan mengenai pencarian dilakukan hanya separuh daripada kediaman amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku."

Tambah John, kelewatan mencari mayat Darrell telah menambah kesedihan yang dirasai oleh keluarganya dan rakan-rakannya, terutama bapanya.

Susulan siasatan itu, John mencadangkan agar polis mengelakkan penggunaan Google Maps pada masa akan datang.

Sebaliknya, beliau mencadangkan polis harus bergantung pada sistem penentu kedudukan global (GPS) dan data pemetaan yang berkualiti tinggi. - Mirror Online

Google Maps

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain