suria

Wujud dakwaan NASA cuba sorok imej bangunan rahsia di bulan

Foto berkenaan yang dikatakan telah disunting untuk menyembunyikan kebenaran. FOTO: YOUTUBE/ERICJARVIE

MISI penjelajahan ke bulan oleh Pusat Pentadbiran Angkasa Lepas China menerusi kenderaan robotik pada 2013 berjaya mengumpul banyak rakaman dan foto di planet itu.

Menerusi misi yang digelar Chang’e 3 itu, mereka berjaya merakam permukaan bulan dan keadaan persekitarannya.

Namun, satu imej misteri berjaya dirakam dan ia mula didedahkan oleh pakar teori, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pihak terlibat dikatakan telah menyunting semula gambar berkenaan bagi menyembunyikan objek misteri dalam foto berkenaan.

Menurut ahli teori yang menyiasat kes tersebut, mereka berjaya mengesan satu bentuk objek seperti struktur bangunan selepas foto tersebut diubah kecerahannya.

"Gambar asal dikatakan mempunyai satu struktur seperti bangunan, namun ia telah disunting dan dibuang.

"Dalam foto NASA pun mereka dah buang imej struktur itu, jadi orang ramai akan fikir dakwaan ini palsu," ujar seorang ahli teori yang dikenali sebagai Eric.

Foto berkenaan menjadi perbincangan hangat selepas ia dimuat naik pada 16 Disember lalu.

Pada bulan lepas, seorang ahli konspirasi turut mendakwa wujudnya satu pangkalan rahsia di bulan, berdasarkan siasatan yang dilakukannya. - Daily Star.

Bulan, Chang’e 3

Artikel Lain