Kematian kanggaru 'sado' ditangisi - Dunia | mStar

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi

Bentuk tubuh Roger yang berotot. - Gambar daripada Kangaroo Sanctuary Alice Springs

SEEKOR kanggaru yang popular kerana badannya yang berotot telah mati.

Roger mula terkenal pada 2015 apabila gambar badannya dengan ketinggian 2 meter (m), mempunyai lengan tegap dan urat-urat yang timbul tular di internet.

Pemilik tempat perlindungan Kangaroo di Alice Springs, Australia, Chris Barnes menyelamatkan Roger yang ketika itu masih kecil daripada kantung ibunya yang telah mati.

Kanggaru itu juga diberi ruang di Northern Territory untuk membesar sebagai haiwan jantan 'alpha'.

Roger gemar meremukkan baldi logam dengan tangannya hanya untuk bermain dan aksinya melakukan perbuatan itu mungkin akan diabadikan dalam bentuk patung tanah liat.

Kematian Roger diumumkan pada Sabtu oleh Barnes sebagai tanda penghormatan ke atas haiwan itu dan dikongsi melalui Facebook.

Barnes berkata: "Hari ini sangat menyedihkan kerana kami telah kehilangan haiwan yang cantik, Roger.

"Sepuluh tahun lalu, saya membina santuari ini sebagai rumah Roger dan beberapa ekor pasangannya, Ella dan Abigail.

Pada September 2016, Barnes mendedahkan Roger menderita penyakit arthritis.

Berita tentang kematian Roger turut ditangisi oleh pengguna media sosial yang sering mengikuti perkembangannya. - Mirror UK

kanggaru

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu