suria

Pengacara TV terkejut dilempar bola api ketika siaran langsung

PENGACARA televisyen Pakistan berdepan saat memalukan apabila dibaling bola api ketika siaran langsung yang dikendalikannya.

Personaliti itu mengendalikan progam bual bicara  apabila tiba-tiba bola api itu terkena tepat pada badannya.

Menerusi klip video yang tular di media sosial, kedengaran bunyi umpama bunga api meletup diikuti kejadian malang yang menimpa pengacara lelaki itu.

Jelas kelihatan, lelaki yang lengkap berkot dan tali leher itu terkejut sebaik terkena lontaran bola api itu.

Dia kemudiannya segera beredar dari set penggambaran program untuk menyelamatkan diri. Ketika itu ahli panel sedang menjawab soalan yang dikemukakannya.

Kejadian itu direkodkan sebagai insiden menggemparkan bagi stesen televisyen berkenaan selepas sekian lama tidak dikejutkan dengan senario sedemikian.

Laporan India Today bagaimanapun tidak memaklumkan apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang telah bertindak sedemikian terhadap pengacara televisyen berkenaan.-IndiaToday



Pakistan, bebola api

Artikel Lain