suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Surat Einstein cecah RM12 juta, nilai termahal pernah dilelong

SEPUCUK surat daripada pemenang Anugerah Nobel, Albert Einstein telah dilelong pada harga AS$2.89 juta (RM12 juta).

Dokumen tulisan tangan ahli fizik terkemuka itu adalah yang paling mahal dijual berbanding anggaran awal antara AS$1 hingga AS$1.5 juta (RM4.16 - RM6.23 juta).

Surat yang ditulis Einstein pada 1939 memberi amaran kepada Presiden Amerika Syarikat, Franklin D.Roosevelt mengenai persiapan Jerman berkaitan bom atom.

Lelongan yang berlangsung pada 2002, membolehkan ianya dijual pada AS$2.1 juta (RM8.73 juta).

Bagaimanapun surat terkini yang dijual bertarikh 1954 dan ditulis di Jerman kepada ahli falsafah, Eric Gutkind, Einstein membicarakan mengenai keraguannya mengenai kewujudan Tuhan.

Berusia 64 tahun, surat ini mengetengahkan pandangan Einstein berkaitan aspek agama.

Sebelum ini pada 2008, surat sama telah dijual kepada pengumpul barangan antik pada harga AS$404,000 (RM1.67 juta).- bbc.com

Einstein, Nobel

Artikel Lain