suria

100 tahun dilarang bermain bebola salji, akhirnya budak sembilan tahun catat sejarah

SEJARAH tercipta apabila seorang kanak-kanak sembilan tahun mengubah tradisi lebih 100 tahun di Colorado.

Budak lelaki itu mencabar pentadbiran negeri itu supaya memansuhkan larangan bermain bebola salji di bandar Severance.

Dane Best mengakui telah bertindak mencabar kerajaan dan mempengaruhi mereka supaya mengubah perundangan dengan memberi alasan lojik.

"Kanak-kanak masa kini mahu bermain di luar dan tentunya kami perlukan sebab sebelum berbuat demikian," katanya.

Malahan, katanya, kajian juga mendapati kurangnya kegiatan luar boleh menyebabkan seseorang itu obesiti, ADHD, murung dan tertekan.

Katanya, mengikut perundangan sedia ada yang berusia hampir 100 tahun itu, tiada siapa dibenarkan melempar batu,  misil termasuk bebola salji adalah kuno kerana ia bermaksud kanak-kanak yang bermain bebola salji telah melanggar undang-undang.

"Kanak-kanak Severance mahukan peluang untuk bermain bebola salji sama seperti budak-budak lain di seluruh dunia.

"Kami mahu berlawan bebola salji tanpa melanggar undang-undang. Kami juga mahu suara kami didengar pihak berkuasa," katanya.

Intipati perbahasan yang dikemukakan kanak-kanak itu telah mendapat perhatian dan ia sekali gus mengubah perundangan berkenaan.

Sebaik undian dibuat dan semua pihak bersetuju dengan saranan Best, atuk Bandar Severance telah memberi penghormatan kepada kanak-kanak itu  untuk melemparkan bebola salji pertamanya secara sah.-BangkokPost





Colorado, Best, salji

Artikel Lain