Lagi hotel pengotor dikesan... tuala disimpan bersama tong sampah, makanan

TIDAK lama selepas beberapa hotel di China didedah menggunakan tuala kotor yang sama untuk membersihkan tandas dan cawan, terbaharu pegawai pemeriksa menemui satu lagi isu kebersihan di hotel kelas pertengahan di wilayah utara Shanxi.

Pegawai kesihatan dari ibu kota wilayah Taiyuan mendapati tuala bersih di hotel itu disimpan bersama kasut dan makanan yang sudah dimakan, dalam satu pemeriksaan pada Selasa.

Menurut China News Service, pemeriksaan mendapati beberapa hotel bukan sahaja tidak mematuhi peraturan kebersihan untuk mensterilkan peralatan pengguna, malah mereka juga tidak memantau tahap udara, air, cahaya dan bunyi seperti yang diperlukan.

Pemeriksa kesihatan memberi contoh kes di sebuah hotel di kawasan pusat bandar, sebahagian daripada francais Jinjiang Inn, yang mana tuala bersih disimpan di dalam bilik kecil bersama tong-tong sampah.

Peraturan menetapkan tuala di kabinet tidak boleh diletakkan bersama barangan lain.

Di dalam kabinet tuala itu juga terdapat kotak kasut lelaki, setengah bungkus biji melon dan alat mekap milik pekerja hotel, kata para pegawai.

"Barang-barang ini mungkin tak bersih dan tak boleh disimpan bersama barang yang telah dibersihkan, jika tidak akan berlakulah pencemaran silang," kata seorang pemeriksa.

Pegawai juga menemui barang-barang di bilik pemsterilan hotel yang sepatutnya tidak berada di situ selain dua pekerja tidak mempunya sijil kesihatan yang diwajibkan.

Bulan lepas, Huazong, selebriti dalam talian di China memuat naik video di mana beberapa tukang cuci di hotel lima bintang dilihat menggunakan tuala yang sama untuk membersihkan cermin bilik mandi, sinki, tandas dan cawan minum.

Seorang netizen menulis di Weibo: "Kalau hotel mahal pun ada masalah kebersihan, saya tak dapat bayangkan betapa buruk keadaan di hotel lain?" -SCMP

kebersihan, hotel, tuala

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain