Diminta berhenti merokok, lelaki tikam isteri sarat mengandung hingga mati - Dunia | mStar

Diminta berhenti merokok, lelaki tikam isteri sarat mengandung hingga mati

SEORANG lelaki tergamak membunuh isterinya yang sedang sarat mengandung selepas dinasihatkan supaya berhenti merokok.

Petr Murskov menikam Olga Muskova sebanyak lapan kali di kediaman mereka di perkampungan Koshki yang terletak dalam wilayah Samara Oblast, Rusia.

Lelaki berusia 30 tahun itu dilaporkan melakukan perbuatan kejam tersebut dalam keadaan mabuk selepas dinasihatkan anak tirinya supaya berhenti merokok kerana ia tidak bayi untuk bayi yang dikandung ibunya.

"Dia mengamuk selepas diminta untuk berhenti merokok dan menyerang anak perempuan Olga. Sebaliknya, Olga yang cuba campur tangan ditikam sehingga mati," kata saksi.

Menurut laporan, Murskov mengambil pisau di dapur dan menikam isterinya yang sedang hamil tujuh bulan.

Murskov menikam isterinya sebanyak lapan kali sehingga mati.

Dia menikam perut isterinya sebanyak lapan kali selain di dada dan leher.

Anak perempuan Olga kemudian bergegas berlari keluar daripada rumah mereka dan menjerit meminta tolong.

Orang ramai menemui Olga terbaring dalam keadaaan berlumuran darah di dapur dan menghubungi pasukan kecemasan.

Pasukan kecemasan tiba di flat tersebut dan mengesahkan Olga dan bayi yang dikandungnya maut.

Murskov akhirnya ditahan reman selama dua bulan sementara siasatan sedang dijalankan.

Seorang jurucakap polis berkata:"Kertas siasatan dibuka. Suspek telah ditahan atas dakwaan membunuh. Siasatan sedang dijalankan dan detektif sedang mengenal pasti motif pembunuhan itu." - Dailymail.co.uk

tikam , mengandung

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain