suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua lelaki usung keranda naik tren

PENUMPANG tren dikejutkan dengan kelibat dua lelaki yang memasuki tren tersebut bersama dengan sebuah keranda.

Rakaman menunjukkan kedua-dua lelaki yang dipercayai warga Rusia itu mengusung sebuah keranda yang dibalut dengan kain merah menuju ke stesen Metro Novokosino, Rusia.

Saksi berkata keranda yang diusung kelihatan amat 'berat' dan kedua-dua lelaki itu terpaksa berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan ke stesen tersebut.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun diarahkan keluar daripada tren tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berjaya sampai ke destinasi yang ditujui.

Orang ramai tertanya-tanya sama ada mereka membawa bersama mayat di dalam keranda tersebut atau sebaliknya.

Jurucakap tren Metro menjelaskan kedua-dua lelaki tersebut tidak melanggar sebarang undang-undang dan mereka telah membayar tambang khas untuk membawa 'keranda' berkenaan masuk ke dalam tren.

"Mereka tidak membawa barang terlarang dan tidak melanggar mana-mana peraturan," katanya.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada insiden pelik itu sekadar bersifat gurauan.

Ada yang berpendapat kedua-dua lelaki itu terlambat untuk proses pengebumian kerana jalan sesak di Moscow. - Dailymail.co.uk

keranda, tren

Artikel Lain