suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara menumpangkan sebelas orang dalam kereta, lesen memandu lelaki ini digantung

Lokasi Samuels mengambil sebelas penumpangnya.

SEORANG pemandu digantung lesen 15 bulan gara-gara menumpangkan sebelas orang dalam kenderaannya.

Kenneth Samuels ditahan polis kerana memandu secara berbahaya dengan membawa lebihan penumpang.

Polis menemui empat orang dewasa dan tujuh kanak-kanak berada dalam kenderaannya.

Menurut pendakwa raya James Neary, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 4 Ogos lalu, pukul 9.25 malam mendapati Samuels berada di stesen Colwyn sedang mengisi beg dan barang-barang untuk berkhemah ke dalam but keretanya.

Selepas itu kelihatan tujuh kanak-kanak dan tiga dewasa memasuki keretanya dan menuju ke Rhos-on -Sea untuk mengambil seorang lagi lelaki.

Samuels memberitahu mahkamah, dia menerima panggilan telefon daripada bekas kekasihnya meminta dia menghantar ke kem Conwy Valley dan mereka tidak cukup duit untuk menaiki teksi.

Dia meminjam kereta abangnya dan tidak tahu berapa orang yang akan menaiki kenderaannya.

"Dia sepatutnya melarang mereka menaiki kereta itu tetapi sebaliknya terjadi apabila dia melihat kanak-kanak menjerit kelaparan," ujar peguam cara, David Jones.

"Keputusannya itu dilihat bodoh dan dia menyesal di atas tindakannya itu."

Selain daripada digantung lesen, Samuels juga diarah menghadkan waktu memandu dari pukul 6 petang hingga 6 pagi selama 4 bulan.-Dailymail

Bawa penumpang lebih

Artikel Lain