Wanita meraung kekasih 'gila like' gosok cili pada tampon yang dipakainya - Dunia | mStar

Wanita meraung kekasih 'gila like' gosok cili pada tampon yang dipakainya

SUKAR digambarkan perbuatan kejam ini apabila seorang lelaki sanggup menggosok cili pada tampon yang akan digunakan oleh teman wanitanya.

Itulah yang dilakukan seorang YouTuber, Brad Holmes yang kemudian bertindak merakam tindak balas pasangannya, Jenny yang menjerit kesakitan sebelum memuat naik video tersebut supaya ia dapat ditonton oleh dua juta orang dalam talian.

Pada masa itu, ia dilihat sebagai satu gurauan, tetapi ia adalah salah satu contoh trend baharu yang dikenali sebagai 'cloutlighting', yang mana lelaki melakukan gurauan melampau terhadap pasangan mereka dan kemudian merakamkan reaksi sedih semata-mata mahu mendapatkan banyak 'like' di media sosial.

Brad selalu melakukan 'prank' terhadap kekasihnya untuk mendapat banyak 'like'. -foto Instagram

Ungkapan ini adalah kombinasi perkataan 'gaslighting' yang mana seorang pelaku memanipulasi maklumat fakta sehingga mangsa ragu dengan diri sendiri dan perkataan 'clout' pula mempunyai kaitan dengan pengaruh media sosial.

Semakin melampau video yang dirakam, lebih banyak 'like' dan tontonan yang terima, sekali gus meningkatkan skor pengaruh mereka di internet.

Klip yang paling baharu termasuklah seorang wanita diberitahu kucingnya telah mati, manakala seorang lagi wanita dipanggil hodoh oleh teman lelakinya yang kemudian mengaku kononnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Walaupun ramai bintang media sosial yang menyiarkan video-video seperti ini dikatakan melakukannya dengan persetujuan pasangan, pakar dari badan amal hubungan menyatakan kebimbangan bahawa penyalahgunaan boleh berlaku apabila kamera dimatikan.

Sun Online melihat dengan lebih dekat trend ini yang semakin meningkat.

Meletakkan biji cili pada tampon teman wanitanya, Brad, 27, yang terkenal dengan video-video gurauan kasar dengan Jenny yang sekarang telah menjadi tunangnya mempunyai lebih 250,000 pelanggan di akaun YouTubenya.

Dia kerap menyiarkan kandungan yang memalukan pasangannya, memanggilnya gemuk, memotong segumpal rambutnya semasa tidur dan berpura-pura membuat lamaran kemudian membuat rakaman reaksi sedih.

Walau bagaimanapun, video tampon tahun 2016 itu lebih dari mengejutkan.

Video itu menunjukkan Brad menggosok biji cili pada tampon pasangannya.

Dia kemudian merakam dirinya sedang ketawa ketika Jenny berteriak kesakitan dan berusaha keras membasuhnya.

Video itu tular tetapi tidak lama kemudian ditarik dari laman web selepas orang ramai membuat aduan tentangnya.

Bercakap kepada Sun Online Ammanda Major dari badan amal perhubungan berkata: "Meletakkan sesuatu dalam vagina tanpa izin adalah penyalahgunaan dan seorang wanita boleh mempersoalkan tentang keselamatan mereka dalam hubungan."

Pasangan itu mengumumkan perpisahan beberapa bulan kemudian, tetapi kini kembali bersama dan dilaporkan terlibat dengan video terbaru Brad, yang dimuat naik di Facebook pada Oktober, menunjukkan dia kentut di wajahnya.

tampon , cili , Brad Holmes

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu