suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dirogol dalam kereta sedang bergerak

Gambar hiasan.

LIMA lelaki hidung belang ditahan polis selepas merogol seorang wanita secara berkumpulan di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak.

Polis berkata, kejadian itu berlaku di daerah Nalbari di negeri Assam, India, petang Rabu lalu.

Selepas dirogol, mangsa berusia 24 tahun itu ditinggalkan dalam keadaan tangan dan kaki diikat di sebuah hutan di daerah Nalbari.

Menurut sumber polis, sebelum kejadian mangsa serta suaminya sedang menunggang basikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan dapur di Nathkuchi.

"Tiga suspek yang dikenali mangsa dan suaminya menawarkan bantuan untuk menghantar wanita itu pulang ke rumah.

"Suami mangsa menyambut pertolongan itu tanpa berasa curiga," kata jurucakap polis Shiladitya Chetia.

Tambah Chetia, ketiga-tiga suspek mengambil kesempatan merogol mangsa ketika melalui kawasan sunyi.

Suspek kemudian menghubungi dua lagi rakan mereka dan sekali lagi merogol mangsa dalam kereta yang sedang bergerak.

Kesemua suspek bakal dihadapkan ke muka pengadilan dalam waktu terdekat. - timesofindia.com

rogol

Artikel Berikut

Artikel Lain