Gangguan seksual, Google pecat 48 pekerja - Dunia | mStar

Gangguan seksual, Google pecat 48 pekerja

SYARIKAT gergasi internet Amerika Syarikat (AS) Google memecat 48 pekerja termasuk 13 pegawai kanannya dalam tempoh dua tahun lalu atas kesalahan melakukan gangguan seksual.

Dalam memo dalaman kepada pekerja syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai berkata pekerja yang diberhentikan itu tidak menerima sebarang pampasan.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pihak syarikat telah membuat beberapa perubahan, termasuk memperkenalkan garis panduan lebih ketat terutama kepada pegawai atasan," lapor Xinhua.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat selepas Pichai menghantar memo kepada kakitangan Google, ketika laporan terpeinci di New York Times mengenai peletakan jawatan pegawai yang bertanggungjawab menyelia jabatan perisian Android, Andy Rubin pada 2014, menerima bayaran US$ 90 juta selepas dituduh melakukan gangguan seksual.

Rubin, yang digelar 'Bapa Android' dan menyertai Google pada 2005, telah disiasat kerana dikatakan menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja bawahan.

Walaupun jurucakap Rubin menegaskan beliau meninggalkan syarikat itu atas kehendaknya sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan siasatan tersebut, laporan Times mengatakan pihak penyiasat Google percaya tuduhan terhadapnya "boleh dipercayai." - Metro.co.uk

Google

Artikel Sebelum

Wanita dirogol dalam kereta sedang bergerak

Artikel Berikut

Artikel Lain