suria

Penjual aiskrim buta huruf terkejut miliki akaun bank cecah angka berbilion rupee

PENJUAL aiskrim warga Pakistan yang selama ini hidup dalam kemiskinan terkejut apabila dimaklumkan memiliki akaun bank dengan simpanan mencecah 2.3bn rupees (£14 juta).

Pegawai Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) menyoal siasat Muhammad Abdul Qadir berhubung perkara itu bulan lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan berpuluh-puluh akaun bank palsu.

"Saya lelaki paling malang di dunia.

"Apabila mendapat tahu mengenai sejumlah besar wang itu, ia tidak lagi ada di dalam akaun berkenaan," katanya yang mendiami kawasan setinggan Organi di Karachi.

Selain 'akaun' bank lelaki berusia 52 tahun itu, FIA juga menyiasat sekurang-kurangnya 77 akaun lain melibatkan urus niaga bernilai £220 juta.

Dua tahun lalu, Bank Negara Pakistan memaklumkan FIA mengenai transaksi mencurigakan ke akaun Qadir antara 2014 dan 2015 apabila jutaan wang di dalamnya tidak pernah dikeluarkan.

Walaupun akaun itu dibuka menggunakan kad pengenalannya yang sah, Qadir berulang kali memakumkan kepada FIA bahawa dia sama sekali tidak terlibat dalam kegiatan itu.

"Saya tidak tahu menulis," itulah alasan yang diberikan Qadir hingga membuatkan agensi itu percaya kata-katanya.

Malahan, apabila dipanggil ke FIA untuk disoal siasat kali kedua pada 19 September lalu, Qadir menguatkan lagi alasannya tidak terlibat dalam kegiatan itu apabila berkata: "Kenapa saya perlu menjalani kehidupan yang teruk jika memiliki berbilion dalam akaun bank?" -The Guardian




Qadir, Pakistan, aiskrim

Artikel Lain