'Kaki paw' bersiri buat janji temu dengan wanita, pesan banyak makanan, lesap selepas kenyang - Dunia | mStar

'Kaki paw' bersiri buat janji temu dengan wanita, pesan banyak makanan, lesap selepas kenyang

-foto Getty

SEORANG lelaki yang dituduh keluar 'dating' dengan niat untuk makan percuma mengaku tidak bersalah atas dakwaan pemerasan, curi dan beberapa pertuduhan lain, menurut polis.

Pejabat Peguam Daerah Los Angeles berkata Paul Guadalupe Gonzales, 45, yang juga dikenali sebagai 'kaki paw ketika temu janji' mengaku tidak bersalah pada Isnin terhadap 10 tuduhan 'mengambil keuntungan kewangan terhadap wanita yang ditemuinya, kebanyakannya melalui aplikasi dan laman web janji temu'.

Gonzales menghadapi tujuh tuduhan pemerasan, dua tuduhan cubaan pemerasan dan satu percubaan kecurian besar-besaran, menurut pejabat Peguam Daerah LA County.

Timbalan Peguam Daerah Michael Fern berkata Gonzales didakwa keluar makan malam dengan wanita yang dikenalinya melalui aplikasi dan laman web seperti Tinder dari Mei 2016 hingga April 2018 di restoran di Pasadena, Burbank, Long Beach dan Los Angeles, California, di mana dia akan memesan minuman dan makanan sebelum pulang tanpa membayar bil.

Lapan wanita tampil dan berkata mereka akhirnya terpaksa membayar bil itu selepas keluar dengan Gonzales, menurut pejabat wakil daerah.

Seorang wanita berkata Gonzales memberitahu bahawa dia akan membayarnya kembali.

Waran tangkapnya dikeluarkan pada 3 Julai, menurut pejabat wakil daerah.

Seorang wanita memberitahu KCAL9 dalam wawancara sebelum ini bahawa dia dan Gonzales keluar untuk janji temu tetapi berasa pelik apabila lelaki itu memesan makanan untuk dirinya sendiri berharga lebih dari AS$100 (RM410).

"Lelaki ini menjijikkan. Mula-mula pun dah pesan banyak. Tetapi dia beri alasan dia adalah ahli bina badan," kata wanita itu kepada stesen berita tersebut.

"Dia beritahu 'saya nak ke tandas' dan akan kembali tetapi terus tak muncul."

Lelaki berusia 45 tahun itu didakwa menipu wanita-wanita itu dengan nilai lebih dari AS$950 (RM3,900).

Seorang lagi wanita memberitahu KRON pada Mei bahawa dia keluar dating dengan seseorang yang terkenal.

Wanita itu memberitahu bahawa lelaki itu memesan dua cawan kopi, salad, udang dan filet mignon.

Dalam masa yang sama lelaki itu juga memberitahu ibu saudaranya sedang tenat dan sedang menunggu panggilan daripada ibunya untuk mengetahui perkembangan makciknya itu.

Dia meminta diri untuk meninggalkan restoran seketika untuk mengecas telefon di dalam kereta. Gonzales kemudian lesap dan meninggalkan wanita yang tidak dikenali itu dengan bil AS$130 (RM534).

"Saya tak sebut ke restoran, tidak langsung," kata wanita itu kepada KRON.

"Saya fikir saya yang lebih malu, maruah saya, saya rasa begitu bodoh."

Gonzales juga didakwa memotong rambut dan meninggalkan salon tanpa membayar upahnya.

Kes itu masih disiasat oleh Jabatan Polis Pasadena, tetapi dia boleh berdepan 13 tahun penjara jika disabitkan kesalahan.

Pendengaran awal dijadualkan pada 7 September. -Newsweek

kaki pow , janji temu

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain