suria

Tular video bapa selamatkan anak macam dalam filem Hollywood

SATU rakaman video kamera keselamatan berjaya merakam detik mendebarkan seorang mekanik menyelamatkan dua anaknya daripada menjadi mangsa kemalangan.

Menerusi video yang tersebar, mekanik berkenaan yang sedang membaiki motorsikal tergerak hati untuk menoleh ke belakang sebelum melihat sebuah kereta meluncur laju ke arah bengkel itu.

Dalam beberapa saat sahaja, dia sepantas kilat menarik dua anaknya yang berada dekat dengannya sekali gus menyelamatkan mereka daripada dirempuh kereta terbabit.

Rata-rata netizen kagum dengan kepantasan lelaki itu bertindak persis aksi dalam filem Hollywood dan ia mula tular setelah dimuat naik ke laman Facebook.

Menurut laporan Jambi Tribune, insiden berlaku di sebuah bengkel yang dikenali sebagai Selatan Jaya Motor, pada 22 Disember 2016 dan tular ke seluruh dunia pada tahun ini.

Tiada kecederaan dikaporkan. Polis tiba di lokasi kejadian sejurus insiden itu untuk membuat siasatan.

Anwar Sutanto Chen yang menyiarkan rakaman itu berkata, lelaki berkenaan adalah pekerja bengkelnya.

Malah, dia juga merupakan sahabat baik kepada lelaki itu.

Dalam insiden berlainan pada awal tahun ini, seorang lagi bapa yang berjaya menyelamatkan anaknya turut menjadi bualan di internet.

Menerusi kejadian di litar South Bosyon Speedway, Virginia, kereta yang dipandu seorang pelumba, Mike Jones hilang kawalan sebelum terbakar.

Mike terperangkap di dalam kereta dengan api marak selama 25 saat sebelum bapanya yang berada di kawasan penonton meluru ke litar untuk mengeluarkannya.

Setelah berjaya dikeluarkan, bapa Mike menerima tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir. -Unilad

Kemalangan

Artikel Lain