suria

'Budak gua' tak dapat tonton siaran langsung final Piala Dunia

12 remaja pasukan bola sepak yang berjaya diselamatkan dari sebuah gua di Thailand selepas lebih dua minggu terperangkap. Foto AFP

BANGKOK: Dua belas remaja pasukan bola sepak dan seorang jurulatih yang berjaya diselamatkan dari sebuah gua di Thailand selepas lebih dua minggu terperangkap, akan menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018 versi rakaman, dan bukan siaran langsung.

Ia dimaklumkan oleh seorang pegawai di hospital yang merawat mereka. Pegawai berkenaan bagaimanapun enggan dikenali.

"Memandangkan aksi final itu disairkan agak lewat, dan kita mahu budak-budak itu berehat dan tidak terlalu banyak melihat pada skrin (televisyen), jadi kita akan merakamkan perlawanan ini dan memberikan mereka menontonnya kemudian," kata di Hospital Chiang Rai Prachanukroh.

Pasukan Perancis akan bertemu dengan skuad Croatia dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Moscow pada Ahad.

Aksi final itu akan ditayangkan di Thailand pada pukul 10 malam waktu tempatan. 

Sebelum ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjemput mereka untuk menyaksikan perlawanan akhir itu di Moscow. 

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan pergi atas faktor perubatan.

Pasukan bola sepak 'Boars Wild' berjaya dikesan selepas sembilan hari terputus hubungan dan mereka ditemui di tebing berlumpur dikelilingi air, beberapa kilometer di dalam Gua Tham Luang di utara Thailand.

Semua mereka baru selesai menjalani latihan bola sepak ketika mula memasuki gua itu pada 23 Jun lalu dan ketika ditemui semuanya memakai jersi bola sepak. - Reuters

Boars Wild, Piala Dunia 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain