Sambutan hari jadi berdarah - Dunia | mStar

Sambutan hari jadi berdarah

IDAHO: Seorang lelaki yang diminta meninggalkan sebuah apartmen di Idaho, Amerika Syarikat (AS) disebabkan tingkah lakunya yang buruk bertindak menikam sembilan orang termasuk enam kanak-kanak.

Insiden berlaku semasa majlis meraikan ulang tahun seorang kanak-kanak di apartmen terbabit.

Timmy Kinner muncul pada lewat Sabtu di kompleks apartmen di Boise, yang menempatkan ramai keluarga pelarian.

Kinner menyasarkan untuk melakukan serangan pada majlis tersebut yang diadakan berdekatan flat di mana dia tinggal dahulu, kata polis.

Mangsa termasuk budak perempuan berusia tiga tahun yang sedang menyambut ulang tahunnya dan lima kanak-kanak lain berusia empat hingga 12 tahun.

Tiga orang dewasa yang cuba melindungi kanak-kanak tersebut turut mengalami kecederaan.

Ada di antara mereka parah.

Esrom Habte, 12, dan Fathi Mahamoud, 11, sedang bermain di halaman belakang flat mereka ketika serangan itu berlaku.

Mereka melihat suspek sedang mengejar beberapa mangsa.

"Kami melihat dia melontarkan kata-kata kesat, dan menikam kanak-kanak dan juga orang dewasa," kata Esrom.

Esrom dan Fathi melarikan diri ke dalam sebuah apartmen dan bersembunyi di dalam almari bersama kanak-kanak lain sehingga polis memberitahu mereka bahawa keadaan sudah selamat.

Kinner, 30 tahun, diberkas berhampiran lokasi kejadian dan didakwa atas tuduhan keganasan dan mencedarakan kanak-kanak.

Penyiasat turut menjumpai sebilah pisau dipercayai digunakan olehnya di sebuah sungai berdekatan.

tikam , hari lahir

Artikel Sebelum

Lapan lagi dibawa keluar dari gua

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain