Sindiket penyeludupan burung pandai menyanyi terbongkar di Malta - Dunia | mStar

Sindiket penyeludupan burung pandai menyanyi terbongkar di Malta

Seekor burung 'hawfinch' yang dibeli di Sicily, Itali pada 2014 yang bernilai €10 (RM46) atau €20 (RM92) dijual dengan harga €150 (RM696) di Malta. - Malta Today

VALLETTA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengkhusus kepada alam sekitar mendakwa transaksi jual beli spesies burung pandai menyanyi di Malta bukanlah perkara baharu, lapor agensi berita China Xinhua.

BirdLife Malta berkata akhbar melaporkan bahawa sindiket penyeludupan burung yang beroperasi di pulau itu berjaya dibongkar oleh polis, namun hanya selepas ia telah menyeludup beribu-ribu ekor burung.

Polis Kesatuan Eropah (EU), Europol, berkata spesies burung yang jarang ditemui serta dilindungi kini dijual kepada pemburu haram dan restoran di seluruh Itali sebagai sebahagian daripada rangkaian penyeludupan yang dikaitkan dengan Malta.

Akhbar Times of Malta memetik sumber polis sebagai berkata sindiket itu telah lama beroperasi dan pihak berkuasa tempatan telah merampas penghantaran unggas terbabit dari semasa ke semasa.

"Ini adalah sesuatu yang kita sedari. Burung terbabit dibawa masuk ke pulau ini secara haram dari Sicily dan dijual sebagai umpan atau kepada penggemar," kata sumber itu.

Ketua Birdlife Malta, Mark Sultana, berkata terdapat insiden di mana spesies burung ciak dijual secara haram dari kedai haiwan peliharaan di Malta dan Gozo serta pasar minggu di Floriana.

''Keputusan Mahkamah Keadilan Eropah berhubung penangkapan burung boleh menjadi pengubah strategi kepada pemburuan haram di pulau ini kerana ia mampu menghentikan perdagangan haram spesies burung pandai menyanyi.

" Perniagaan penyeludupan burung jenis ini adalah menguntungkan.  

"Sindiket terbabit telah menyeludup kira-kira 13,000 ekor burung dengan anggaran nilai sejuta euro di seluruh Itali dan Malta,'' katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Tergantung 55 meter di udara

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini