suria

Trump didakwa ada anak luar nikah berusia 29 tahun

NEW YORK: Rahsia Donald Trump yang didakwa mempunyai anak luar hasil hubungan sulit bersama pekerja di kediamannya telah disimpan rapi bekas penjaga pintu Menara Trump.

Bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Dino Sajudin didakwa telah menerima bayaran berjumlah AS$30,000 (RM116,250) dari sebuah tabloid dikenali sebagai National Enquirer.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada bukti kukuh berhubung dakwaan presiden Amerika Syarikat (AS) itu adalah bapa kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 29 tahun.

Malahan, perkara itu turut diakui menerusi laporan akhbar The New Yorker.

Sementara itu, Ketua Pengarang National Enquirer, Dylan Howard bagaimanapun mengesahkan pembayaran itu dalam sebuah rencana di laman berita selebriti, Radar Online yang turut dimiliki syarikat sama, American Media Inc (AMI).

AMI ketika dihubungi mengesahkan bayaran dibuat kepada Sajudin.

Memetik sumber rahsia dari AMI, penulis Ronan Farrow dari New Yorker berkata, National Enquirer mengambil keputusan menyembunyikan perkara terbabit selepas membeli hak eksklusif kisah itu.

Ia bertujuan melindungi nama baik Trump yang ketika itu sedang bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2016.-CNN

Trump, Dino

Artikel Sebelum

Taj Mahal dibadai ribut

Artikel Berikut

Artikel Lain