suria

Diberi ubat pelali, diperkosa sebelum dibunuh

Mayat Bano ditemui di kawasan hutan.

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diberi ubat pelali dan diperkosa berulang kali oleh enam lelaki, sebelum kepalanya dihentak dengan batu sehingga maut.

Pada petang 10 Januari lalu, Asifa Bano yang berasal dari dari daerah Jammu di India tidak pulang ke rumah setelah diminta membawa balik kuda milik keluarganya dari sebuah padang ragut.

Namun lima hari kemudian mayat kanak-kanak malang itu ditemui di kawasan hutan berhampiran.

Berdasarkan siasatan, Bano dikurung di sebuah kuil selama beberapa hari dan diberi ubat pelali sebelum didera dan diperkosa berulang kali.

Kanak-kanak itu kemudian dicekik dan kepalanya dihentak dengan batu sehingga maut sebelum mayatnya dibuang.

Sanji Ram, seorang penjaga kuil didakwa melakukan jenayah itu bersama dua anggota polis khas Deepak Khajuria dan Surender Verma, rakannya Parvesh Kumar, anak saudaranya yang masih di bawah umur, dan anaknya sendiri Vishal Jangotra.

Kes tersebut mencetuskan kemarahan masyarakat Islam Gujjar yang mendakwa jenayah itu sengaja dilakukan untuk menakut-nakutkan dan mengusir mereka dari daerah Jammu yang majoriti penduduknya beragama Hindu. - BBC/Agensi

rogol, kanak-kanak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain