suria

22 Tahun Baca Ramalan Cuaca, Kenapa Baru Sekarang Nak Tular?

WANITA ini telah menjadi pembaca ramalan kaji cuaca bersama penyiar di China, CCTV selama lebih 22 tahun, tetapi hanya baru-baru ini dirinya mendapat perhatian luar biasa.

Yang Dan, 44, telah berkhidmat untuk tempoh yang panjang, tetapi wajahnya tidak pernah berubah sejak mula muncul di kaca TV.

Wajahnya yang tidak dimamah usia dan sentiasa nampak muda membuatkan ramai peminatnya kagum, tetapi selepas produser program cuacanya mengeluarkan video kompilasi kerjayanya selama 22 tahun sempena Hari Wanita Antarabangsa, dia lebih mendapat perhatian meluas.

Melihat video itu, wanita berkenaan tidak menunjukkan perbezaan ketara dalam gambarnya ketika berumur 22 tahun dan 44 tahun.

"Ramai pengguna web membesar menonton rancangannya. Mereka hairan kenapa mereka sudah semakin tua, tetapi dia tidak. Nampaknya dia semakin muda dan lebih muda," menurut video CCTV yang kini tular.

Dan, orang ramai tidak dapat menafikan perkara ini.

"Saya tak percaya dia telah menemani kami selama bertahun-tahun. Malah tempoh dua dekad pun tidak meninggalkan sebarang kesan di wajahnya. Dia tetap dilihat seperti masih gadis," tulis salah seorang peminat lamanya.

"Penampilannya yang pertama dan terakhir adalah yang paling cantik," kata seorang lagi peminat.

Tidak dapat dipastikan bagaimana wanita itu sentiasa kelihatan muda, sesetengah orang membuat andaian tidak masuk akal bahawa semua laporan cuaca sepanjang 22 tahun telah dirakamkan pada hari yang sama.

Menurut laman web kerajaan, Yang Dan dilahirkan pada November 1973 dan telah bekerja untuk Stesen Televisyen Pusat China sejak tahun 1996.

Yang Dan adalah wanita Asia terbaru yang tular dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana awet muda.

Masako Mizutani, Lady of Eternal Youth dari Jepun, terkenal dengan penampilannya yang muda, begitu juga pereka Taiwan Lure Hsu dan doktor gigi Korea Selatan Lee Su Jin.

ramalan cuaca, Yang Dan

Artikel Lain