Kisah Anjing Setia Menunggu Penjaganya Menyentuh Hati - Dunia | mStar

Kisah Anjing Setia Menunggu Penjaganya Menyentuh Hati

SEEKOR anjing setia menunggu di luar pintu sebuah hospital biarpun tuannya sudah meninggal dunia empat bulan lalu.

Anjing tersebut muncul di Hospital Santa Casa de Novo pada malam yang sama ambulan membawa tuannya yang berusia 59 tahun yang tercedera ditikam dalam satu perbalahan.

Kakitangan hospital tersebut memberitahu anjing itu mengejar ambulan ketika dalam perjalanan membawa penjaganya itu dan berhenti di depan pintu masuk hospital.

Penjaganya itu telah meninggal dunia, namun anjing tersebut masih setia di hospital sejak Oktober lalu.

Kehadiran anjing itu disedari kakitangan dan orang ramai di hospital itu dan mereka mula memberi makanan dan selimut untuk memastikannya selesa.

Malah dalam tempoh empat bulan itu juga, anjing yang tidak ketahui namanya itu tidak pernah cuba memasuki ruang hospital walaupun pintu terbuka luas.

"Anjing yang jinak, mengikut kata dan pendiam."

Dia hanya memandang ke bahagian dalam hospital seperti menunggu seseorang," jelas Osvalda Palota Sobrinho yang merupakan pengarah bahagian kewangan di hospital itu.

Kelakuan anjing itu menjadi tular di media sosial apabila seorang peguam memuat naik kisah anjing itu di laman Facebooknya.

"Kami banyak belajar daripada haiwan," tulis Cristine Sardella.

Selepas melihat foto anjing itu, pusat kebajikan haiwan di Sao Paolo mengambil anjing itu untuk dan mencari penjaga baharu.

Tidak lama selepas itu, anjing tersebut kembali ke hospital selepas melepaskan diri dan berlari lebih tiga kilometer.

Tertarik dengan sikap setia anjing itu, salah seorang penyambut tetamu di hospital tersebut membuat keputusan untuk membelanya.

Anjing itu kelihatan gembira dengan penjaga baharunya itu, namun Leticia Nawa Bertolucci mahu melihat berapa lama anjing itu bertahan daripada kembali ke hospital.

Kesetiaan anjing itu mengingatkan kembali filem kisah anjing yang setia lebih sedekad lalu seperi Capitan, Huachito, Bolivia Most Loyal Dog atau filem Negao.

Anjing setia

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia