suria

Neymar Dikecam Kerana 'Penghormatan' Stephen Hawking

Gambar Neymar duduk di atas kerusi roda yang dikatakan sebagai penghormatan kepada mendiang saintis terkemuka, Stephen Hawking dikritik netizen. Foto Twitter/Neymarjr

NEYMAR dikecam netizen apabila membuat penghormatan kepada mendiang Stephen Hawking, yang didakwa membuat gaya seperti saintis terkemuka itu.

Pemain berusia 26 tahun itu direhatkan daripada bermain berikutan kecederaan ligamen buku lalinya.

Kecederaan itu sekali gus memerlukan Neymar memakai but perlindungan untuk memulihkannya.

Bintang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu mengambil gambarnya memakai but berkenaan sambil duduk menggunakan kerusi roda, dan dimuat naik di Twitter.

Ia dianggap sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Profesor Hawking tetapi tindakan itu tidak disenangi netizen.

Mendiang Stephen Hawking meninggal dunia pada usia 76 tahun. Foto AP

Pada gambar yang dimuat naik itu, Neymar menulis diikuti nama Stephen Hawking: "Anda seharusnya mempunyai sikap positif dan mendapatkan yang terbaik daripada situasi di mana anda mengenali diri anda."

Hawking yang merupakan seorang saintis terkemuka menyumbangkan banyak perkara berkaitan dengan fizik.

Beliau meninggal dunia pada usia 76 tahun, pada Rabu.

Mendiang Hawking mengalami penyakit saraf sejak usianya 22 tahun, di mana ketika itu beliau diberitahu hanya mempunyai dua tahun sahaja untuk hidup.

Netizen di media sosial mengkritik tindakan Neymar kerana membandingkan keadaannya seperti saintis itu. - Mirror UK

Neymar, Stephen Hawking

Artikel Sebelum

Artikel Lain