suria

Saintis Terkenal Stephen Hawking Meninggal Dunia

Stephen Hawking.

LONDON: Saintis terkenal Britain, Stephen Hawking meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata jurucakap keluarganya pada Rabu.

"Kami amat berdukacita di atas pemergian bapa kesayangan hari ini," kata anak Hawking iaitu Lucy, Robert, dan Tim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita Press Association di Britain.

"Beliau merupakan seorang saintis yang hebat dan seorang lelaki luar biasa." 

"Keberanian dan kesungguhan beliau dengan kebijaksanaan dan humornya memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia," menurut keluarga mendiang.

 
"Beliau pernah berkata, alam semesta tidak akan bermakna sekiranya ia bukan rumah kepada orang yang kita sayangi. Kami akan merindunya selama-lamanya," menurut kenyataan itu lagi.

Stephen Hawking

Artikel Lain