suria

Dua Peluncur Ski Digantung Seumur Hidup Akibat Aduan Serangan Seksual

SEOUL: Dua peluncur ski terkemuka Korea Selatan yang bertanding di kejohanan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang digantung seumur hidup melibatkan kes serangan seksual.

Persatuan Ski Korea (KSA) memaklumkan, mangsa kejadian melibatkan rakan wanita pasukan negara itu yang mengemukakan aduan ketika menyertai pertandingan di Jepun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan KSA pada Khamis, hukuman terhadap Choi Jae-woo dan Kim Ji-hyun itu berkuatkuasa 12 Mac lalu.

"Mereka telah melakukan serangan seksual terhadap atlet wanita yang juga rakan sepasukan mereka ketika Piala Dunia yang berlangsung di Jepun," kata kenyataan itu.

Menurut persatuan itu lagi, pengadu telah meminta supaya pihak polis menyiasat insiden berkenaan.

Ketika beraksi di pentas Olimpik Musim Sejuk bulan lalu, Jae-woo berjaya mara ke final bagaimanapun tidak meneruskan larian ke dua, manakala Ji-hyun pula tersingkir di peringkat kelayakan.- Reuters

KSA, Kim Ji-hyun

Artikel Sebelum

Artikel Lain