suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Ibu, Anak 4 Tahun Dirogol

SEORANG lelaki berusia 37 tahun berdepan dengan pelbagai tuduhan di Charleston, Carolina Selatan di Amerika Syarikat.

Thomas Evans Jnr didakwa kerana mengekori seorang wanita pulang ke rumah sebelum merogol dan memukul mangsa.

Tertuduh turut didakwa merogol anak perempuan mangsa berusia empat tahun.

Sebelum kejadian, Evans memerhati mangsa menghantar dua anaknya yang lain di sebuah sekolah.

Selepas merogol wanita itu, tertuduh menculik anak perempuan mangsa.

Operasi mencari anaknya dilakukan secara besar-besaran pada 1 Februari dan selepas hampir dua minggu, mangsa ditemukan semula.

Pihak berkuasa memberitahu, kanak-kanak itu mengalami serangan seksual.

Tertuduh berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya disabit kesalahan.

Ketika kejadian, Evans baru sahaja keluar dari penjara beberapa hari sebelumnya.

Dia mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, termasuk rompakan bersenjata. - Mirror UK


rogol, culik

Artikel Lain