suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Akui Tikam Anak Sampai Mati Tapi...

Tyler Warmington maut ditikam oleh ibunya. Foto INS News Agency Ltd

SEORANG ibu mengaku menikam anak lelakinya berusia lima tahun sehingga mati.

Dia memutuskan untuk tidak membela diri kerana pembunuhan itu.

Emma Jackson, 41, membunuh anak lelakinya Tyler Warmington hampir setahun lalu di Farringdon, Oxfordshire di England.

Mangsa yang maut dalam serangan itu mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

Sejak insiden itu, Emma di bawah penjagaan pakar kesihatan mental.

Dia bagaimanapun mengaku membunuh Tyler pada 14 Mac tahun lalu kerana mengalami gangguan mental.

Hakim Ian Pringle mengarahkannya berada di bawah penjagaan hospital psikiatri sehingga pendengarannya kes bunuh berkenaan. 

Jumaat lalu, wanita itu mengaku terhadap pertuduhan menikam anaknya antara 9 Mac dan 15 Mac 2017 tetapi menafikan pembunuhan, dan pengakuan itu diterima.

Pringle mengarahkan wanita berkenaan diletakkan di bawah tahanan oleh Pusat Kesihatan Mental Litllemore di Oxford.

Menurut hakim itu lagi, beliau akan mendapatkan pandangan pendakwa dan sementara itu, Emma akan direman.

Prosiding ditangguhkan sehingga 20 April bagi mensabitkan hukuman terhadap wanita tersebut. - Mirror UK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain