suria

Enam Cedera Dua Helikopter Bertembung

Paparan skrin rakaman menunjukkan bilah kipas kedua-dua helikopter bertembung. Foto Facebook

ENAM orang cedera dalam insiden dua helikopter polis bertembung di California, Amerika Syarikat.

Insiden berlaku di pangkalan Jabatan Polis Pasadena, baru-baru ini.

Rakaman video menunjukkan sebuah helikopter sedang bersedia untuk berlepas, dan pada masa sama sebuah lagi helikopter tiba untuk mendarat di sebelahnya.

Pada awalnya, helikopter kedua kelihatan mendarat pada jarak yang selamat.

Bagaimanapun, ia membelok secara tiba-tiba menghampiri sebuah lagi helikopter, mengakibatkan bilah kipas kedua-duanya bertembung.

Kedua-dua helikopter mengalami kerosakan dalam insiden itu. - Mirror Uk


Artikel Lain