suria

Pemain Ragbi Lumpuh Badan, Tidak Boleh Bercakap Lepas Dicabar Makan Lintah

Sam ketika berusia 19 tahun disahkan lumpuh selepas memakan lintah pada sebuah parti anjuran rakannya. - Facebook

SEORANG pemain ragbi dari Sydney, Australia, Sam Ballard tidak pernah terfikir bahawa perbuatan bodoh yang dilakukannya seperti menelan lintah akan mengakibatkan dirinya lumpuh.

Hidup Sam berubah 360 darjah pada 2010 ketika dia berada di parti yang dianjurkan oleh rakannya.

Seorang tetamu membawa lintah dari sebuah taman yang kelihatan tidak membahayakan sesiapa dan mencabarnya untuk memakan haiwan itu.

Sam yang tidak berfikir panjang terus sahaja menelan lintah itu dan sempat bergurau senda dengan rakan lain sebelum pulang ke rumah.

Tidak lama selepas itu, dia jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital serta diberitahu oleh doktor bahawa Sam sudah dijangkiti penyakit 'rat lungworm'.

Sam (tengah) terpaksa bergantung dengan kerusi roda elektrik untuk bergerak selepas dia disahkan lumpuh akibat memakan lintah.

Parasit itu biasa ditemukan dalam badan tikus dan kadangkala lintah juga boleh dijangkiti virus tersebut kerana memakan najis tikus.

Virus yang juga dikenali sebagai Angiostrongylus cantonensis itu kebiasaannya tidak membahayakan nyawa manusia, namun dalam kes rawak seperti yang menimpa Sam, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada otak.

Sam kemudiannya disahkan koma selama 420 hari dan apabila dia terjaga, dia sudah pun mengalami lumpuh kedua-dua tangan dan kaki.

Sam yang sudah berusia 28 tahun, kini terpaksa bergantung kepada kerusi roda elektrik dan tidak boleh bercakap mahupun bergerak.

Dia perlu diberi makan menggunakan tiub, tidak dapat mengawal suhu badan dan menderita kekejangan. - Oddity Central

lintah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain