suria

Sang Bedal Ancam Mangsa Banjir Queensland, Australia

Gambar hiasan.

MELBOURNE: Kejadian banjir yang melanda kawasan utara Australia iaitu di Queensland menimbulkan kebimbangan baharu kepada penduduk kerana mereka mungkin akan diserang oleh buaya.

Haiwan yang tidak diundang itu masuk ke bandar Ingham menuju ke kawasan utara negara Kanggaru tersebut berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik ke laman sosial.

Selepas empat hari mengalami hujan yang berterusan, air di tebing sungaimula melimpah kawasan darat dan melumpuhkan kawasan bandar.

Penyelidik buaya di Zoo Queensland Australia, Toby Millyard berkata, reptilia sememangnya biasa dengan air banjir untuk bergerak ke kawasan lain bagi mencari makanan.

Buaya. - Gambar hiasan/ AFP

"Sesetengah buaya sukakan hujan kerana haiwan itu akan menggunakan aliran air untuk bergerak; ia haiwan yang bijak.

"Tapi, tidak susah untuk mengelak daripada bertembung denganya, selagi anda tidak berada di dalam air atau berdiri di tepi permukaan, anda akan selamat," katanya kepada Reuters.

Pada pagi Ahad, sekumpulan pelajar dan guru terkandas akibat banjir dan diselamatkan dari tapak kem yang tersorok di bandar Tully.

Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk memberitahu media pada Ahad bahawa ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk mengira kerosakan yang dialami terutama pada tanaman pisang dan tebu.

Kerajaan negeri tersebut sudah mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan 'bencana', sementara Majlis Insurans Australia pula mengisytiharkan ia sebagai 'malapetaka'.

Ini bermakna, tuntutan insurans akan diuruskan dengan pantas.

buaya

Artikel Lain