suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jari Kate Middleton Jadi Perbincangan

JARI Kate Middleton menjadi perhatian dan bualan peminat-peminatnya!

Mereka bercakap tentang ukuran tiga jarinya yang kelihatan hampir sama panjang.

Perkara ini disedari pada Jumaat apabila gambar Duchess of Cambridge dirakam ketika melawat sebuah sekolah di Oxford.

-foto Getty

Melambai dengan satu tangan sambil sebelah lagi tangan memegang 'clutch', jurugambar telah mengezum jari-jemarinya.

Tidak lama kemudian cerita mengenai jari Kate mula menjadi tajuk perbincangan di media sosial.

Menurut beberapa laporan, ukuran jari Kate sangat luar biasa dengan kebanyakan orang mempunyai jari tengah yang ketara lebih panjang berbanding jari manis dan jari telunjuk.

-foto Getty

Menurut sumber, mereka yang mempunyai jari tengah yang lebih panjang berbanding jari manis mempunyai risiko kebergantungan alkohol yang lebih besar, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk anorexia nervosa, lebih agresif dalam persekitaran sukan dan mempunyai kepribadian yang lebih tegas.

Mereka yang mempunyai jari manis yang lebih panjang mempunyai kadar skizofrenia yang lebih tinggi, lebih cenderung mempunyai kepercayaan paranormal atau kepercayaan karut. -Mamamia

Kate Middleton, jari

Artikel Lain