suria

Wanita Jelita Berbikini Tunjuk Berani, Akhirnya...

SEBUAH video menunjukkan wanita muda berpakaian bikini yang dirakam dalam keadaan memalukan tular di Internet.

Wanita tersebut bergaya (posing) di pantai Bahamas dengan mengenakan bikini berwarna hitam ketika video itu direkod.

Dia sedang berdiri di atas bongkah batu berlubang ketika air laut mula 'menyerang' dirinya.

Tiba-tiba air itu menerjah ke udara ketika wanita terbabit teruja melambaikan tangannya.

Pada mulanya, dia kelihatan gembira bermain air itu, namun air laut menjadi 'ganas' ketika keluar daripada sebuah lubang.

Kelihatan wanita tersebut seakan-akan hilang beberapa ketika dan muncul semula dalam keadaan terdampar di atas batuan tajam.

Dia tergamam dengan kejadian itu, namun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Dia kemudiannya memuat naik video tersebut ke laman Instagram @saraartuso dan sering berkongsi gambarnya memakai pakaian mandi itu.

Sara menulis kapsyen pada video tersebut: "Mereka kata pergi ke lubang tiup (blow hole)...ia menyeronokkan kata mereka."

Rata-rata netizen memuji wanita tersebut memuat naik rakaman yang melucukan itu dan ia sudah ditonton lebih 2,000 kali sebelum dipadam oleh wanita berkenaan. - Express

bikini

Artikel Lain