suria

“Saya Bukan Bintang Porno” – Bekas Pemain Arsenal

Jermaine Pennant (kanan) bersama isteri, Alice Goodwin. Foto Twitter/Mirror

JERMAINE Pennant menafikan dakwaan mengenai beliau adalah bintang porno dan menyifatkannya sebagai 'gurauan'.

Bekas bintang Liverpool dan Arsenal, Pennant bagaimanapun berang selepas timbul dakwaan yang disiarkan di muka depan sebuah akhbar mengenai beliau melakukan aktiviti seks menerusi webcam bersama isterinya yang merupakan model terkenal, Alice Goodwin.

Menurut Pennant, dakwaan itu akan membawa kesan kepada kehidupan keluarganya.

Beliau bagaimanapun berjanji akan memaparkan isu tersebut di dalam buku autobiografinya yang akan datang.

Bercakap kepada Mirror Sport, Pennant, 35, berkata: "Memanggil saya seorang bintang porno dan menyiarkan (dakwaan) itu di muka depan mereka hanyalah satu jenaka.

"Masalahnya ialah segelintir orang akan percaya bahawa saya berada dalam industri porno.

"Saya tidak mempunyai kehidupan yang sempurna dan buku 'Mental' yang akan datang, akan membiarkan orang ramai membaca kisah silam saya, tetapi saya bukan dan tidak akan menjadi bintang porno.

"Ia sesuatu yang menggelikan hati, saya seorang lelaki yang sudah berkahwin dengan isteri saya dan mempunyai seorang anak tiri.

"Kebimbangan besar bagi saya dan Alice adalah pengaruh semua ini kepada keluarga dan rakan-rakan.

""Akan ada banyak berita utama apabila buku saya keluar dalam masa beberapa bulan akan datang. Terdapat banyak perkara mengenai saya tetapi bukan sebagai bintang porno," tegas Pennant. - Mirror 

Jermaine Pennant, porno

Artikel Lain