'Bertapa' Di Tandas, Gumpalan Misteri Keluar Dari Dubur

Dr Su memberitahu menghabiskan banyak masa di tandas boleh melemahkan otot seseorang di bahagian pinggul. Foto Kan Kan News

SEORANG lelaki di tenggara China terpaksa bergegas ke hospital pada tengah malam Khamis selepas menyedari satu gumpalan misteri bersaiz bola keluar dari duburnya.

Menurut beberapa laporan dari China, doktor memberitahu benjolan itu yang masih melekat pada bahagian belakangnya, adalah rektumnya dan ia 'berpisah' dari badannya.

Keadaan tersebut yang dipanggil prolaps rektum, dikatakan mungkin disebabkan lelaki itu duduk di tandas selama lebih 30 minit.

Menurut lelaki itu, dia sedang bermain permainan mudah alih ketika membuang air besar.

Menurut Kan Kan News, insiden tersebut berlaku di Zhongshan, wilayah Guangdong pada 4 Februari lalu.

Pesakit yang tidak didedahkan identitinya dirawat oleh Dr Su Dan dari bahagian pembedahan gastrointestinal di Hospital Universiti Sun Yat-sen.

Bercakap kepada pemberita, Dr Su memberitahu pesakit didiagnosis dengan prolaps rektum, satu keadaan yang melihat bahagian terakhir usus seseorang kehilangan lampirannya daripada badan dan boleh kelihatan dari luar badan.

"Pesakit telah mengalami prolaps rektum sejak dia berumur empat tahun, tetapi bonjol itu mampu ditarik balik pada masa lalu," katanya.

Tambah Dr Su: "Tetapi dia tidak mendapatkan rawatan, maka keadaan menjadi lebih buruk."

Benjolan itu mempunyai diameter berukuran 16 sentimeter.

Walaupun pesakit mengalami keadaan itu sejak kecil, tetapi Dr Su menjelaskan punca prolaps itu disebabkan tempoh pesakit berada lama di tandas.

Dr Su berkata, apabila pesakit cuba membuang air besar, tindakan itu boleh melemahkan ototnya di bahagian pinggul.

Bagaimanapun, pakar bedah berjaya mengeluarkan benjolan dari lelaki itu pada hari yang sama, dan lelaki kini sedang dipulihkan. - Mail Online


Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain