Lebih 10 Cedera, Lantai Bangunan Saham Indonesia Runtuh - Dunia | mStar

Lebih 10 Cedera, Lantai Bangunan Saham Indonesia Runtuh

JAKARTA: Aras dua bangunan Bursa Saham Indonesia runtuh, mengakibatkan lebih 10 individu cedera dibawa dengan pengunsung keluar dari lokasi kejadian.

Semua yang cedera dibawa ke hospital untu mendapat rawatan.

"Aras dua bangunan itu telah runtuh," kata pembantu peribadi Presiden Direktor, Tito Sulistio yang berada di lokasi ketika kejadian itu berlaku.

Sebaik insiden itu berlaku, polis mula mengawal sekitar bangunan yang mempunyai dua menara itu, kata saksi kejadian kepada Reuters.

Bangunan sama pernah menjadi sasaran pengganas dalam serangan September 2000, bagaimanapun polis menolak kejadian runtuhan itu akibat ledakan bom.

"Ketika ini, kami memberi tumpuan kepada kerja-kerja untuk memindahkan semua pihak yang terlibat," kata jurucakap polis, Agro Yuwono.

Sementara itu, pekerja di bangunan itu, Megha Kapoor mengaku mendengar bunyi retakan sebelum konkrit runtuh dan saluran paip pecah.

Katanya, ketika itu, sekumpulan pelajar sekolah tinggi baru tiba di situ untuk tujuan lawatan.

Bursa Saham Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain