suria

'Tetamu' Liverpool Terkandas, Lebih 1,000 Kereta Rentung

LIVERPOOL: Ribuan kereta rentung dalam kebakaran di tempat meletak kereta bertingkat King's Dock di kawasan dermaga bandar ini pada ambang 2018.

Rangka kenderaan terbabit dapat dilihat dalam keadaan berdebu akibat kebakaran di bangunan itu. Kebakaran itu juga menyebabkan lantai konkrit lebur di sebahagian besar blok tujuh tingkat itu, menyebabkan ia dikatakan tidak lagi selamat.

“Terima kasih kepada semua terlibat membantu mengawal kebakaran di tempat letak kereta Liverpool, tindakan pantas pihak yang menyediakan pengangkutan, bantuan perubatan dan kecemasan dapat mengelak kematian dan kecederaan,” demikian tweet pihak polis Merseyside.

Keseluruhannya, dianggarkan sebanyak 1,400 kenderaan musnah dalam kebakaran di bangunan yang menyediakan 1,600 ruang letak kereta.

Pihak bomba berkata, kebakaran yang berpunca daripada salah sebuah kenderaan terlibat telah mengakibatkan sejumlah besar kereta lain turut musnah.

Kebanyakan pemilik kenderaan terlibat berkunjung ke bandar itu bagi menyaksikan pertunjukan kuda peringkat antarabangsa.

Kejadian itu menyebabkan mereka terkandas pada ambang tahun baru.-Reuters

 

Liverpool, King's Dock

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain