suria

18 Jam Tak Rehat, Doktor Rebah Depan Pesakit

-fotoMirror/AsiaWire

SEORANG doktor rebah di depan pesakitnya dan meninggal dunia secara tragis selepas diserang strok ketika waktu kerja syif 18 jamnya hampir tamat.

Nadi pakar pernafasan, Zhao Bianxiang, 43, sudah tidak berdenyut selepas rebah pada 29 Disember.

Dia diisytiharkan meninggal dunia selepas 20 jam usaha menyelamat.

Bianxiang meninggal dunia akibat pendarahan subarachnoid, yang disebabkan oleh aneurisme di otak yang pecah, menurut hospital.

-fotoMirrorUK/AsiaWire

Dia adalah timbalan ketua respiratori di Hospital Orang Ramai Daerah Yuci di bandar Jinzhong, wilayah Shaanxi, China.

Doktor itu dikatakan telah melawat seorang pesakit dan anak perempuannya ketika dia mengucapkan kata-kata akhir 'bagaimana ibu kamu?' sebelum rebah pada pukul 12 malam.

Dia telah memulakan kerja syifnya pada malam sebelumnya, pukul 6 petang dan terus bekerja tanpa rehat.

Dua orang tuanya yang berusia 80-an berada di sebelah katilnya apabila dia akhirnya diisytiharkan meninggal dunia pada 7.16 pagi 30 Disember.

Rakan-rakan doktor itu menggambarkannya sebagai 'workaholic' yang selalu meletakkan profesionnya di atas berbanding perkara lain.

Dia mengaku kepada rakan sekerja bahawa dia terlalu sibuk untuk berehat. -mirrorUK

kerja lebih, pakar pernafasan

Artikel Lain