Pemandu Uber Mengaku Rogol Diplomat Kerana Pakai Skirt Pendek - Dunia | mStar

Pemandu Uber Mengaku Rogol Diplomat Kerana Pakai Skirt Pendek

PEMANDU Uber yang dituduh merogol dan membunuh seorang diplomat British di Lubnan minggu lalu didakwa telah memberitahu polis bahawa serangan itu dibuat kerana wanita berkenaan memakai skirt pendek.

Tarek Hawchieh ditangkap minggu lalu kerana disyaki membunuh Rebecca Dykes, yang bekerja di Kedutaan Besar Britain.

Dykes, 30, menaiki teksi pulang dari bar popular di Beirut apabila dia diserang secara seksual dan dicekik.

Mayatnya ditemui di tepi jalan dengan media tempatan mendakwa dia telah diperkosa dua kali.

Kini, sumber polis mendedahkan apa yang menyebabkan Hawchieh melakukan serangan itu.

Polis memberitahu MailOnline: "Dia berkata, dia mendapati wanita itu cantik, memakai skirt pendek, jadi dia memutuskan untuk merogolnya kerana ia mudah kerana dia orang asing."

Apabila dibentangkan bukti CCTV bahawa dia adalah pemandu Uber Dykes malam itu, Hawchieh mengakuinya.

Maklumat fail yang bocor menunjukkan dia tidak mempunyai rekod jenayah dan mampu menjadi pemandu Uber, tetapi media tempatan percaya dia memalsukan rekod tersebut untuk menutup hukuman penjara kerana mencuri motosikal dan kesalahan dadah.

Dykes telah menghabiskan malamnya bersama rakan beberapa jam sebelum dia pulang ke UK untuk Krismas.

Kakitangan dari Kedutaan menyedarinya apabila dia tidak tiba di UK pada keesokan harinya.

Dia ditemui dengan tali yang terjerut di leher dan pakaiannya koyak.

Rakan Hawchieh berkata dia adalah 'individu bermasalah' yang ketagihan dadah, mempunyai masalah wang dan isterinya sedang dalam penjara kerana pelanggaran visa.

Mayat Dykes diterbangkan ke UK pada hari Jumaat dengan pesawat tentera RAF.

Uber , rogol

Artikel Sebelum

Wanita Dedah Usia 100 Tahun

Artikel Berikut

Derita Ketumbuhan Gergasi Di Muka

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain