Derita Ketumbuhan Gergasi Di Muka - Dunia | mStar

Derita Ketumbuhan Gergasi Di Muka

-fotoTheSun

DOKTOR di Florida sedang bersedia untuk membuang tumor bersaiz sebiji bola keranjang dari wajah seorang remaja lelaki.

Ketumbuhan seberat 6.4kg pada wajah Emanuel Zayas yang berusia 14 tahun itu tidak berbahaya, tetapi mengancam nyawanya.

Ketumbuhan bermula dengan sebiji jerawat pada hidung Zayas ketika dia akil baligh, tetapi telah menjadi semakin besar sehingga dia sukar untuk makan dan bernafas.

Leher Zayas kini berisiko membengkak di bawah ketumbuhan berat itu, yang boleh menyebabkan dia sesak nafas.

-foto The Sun

Local 10 News melaporkan bahawa ibu bapa remaja ini telah menghabiskan masa sejak dua tahun yang lalu untuk mencari bantuan di negara asal mereka, Cuba, tetapi tidak berjaya.

Bulan lalu keluarga ini terbang menggunakan visa perubatan ke Miami, di mana doktor di Hospital Jackson Memorial berharap dapat melakukan pembedahan pada 12 Januari.

-foto The Sun

Dr. Robert Marx, ketua pembedahan dari University of Miami Health System, berkata Zaayas dilahirkan dengan gangguan luar biasa yang dikenali sebagai polyostotic fibrous dysplasia.

Keadaan ini menyebabkan tubuhnya membina tisu parut berbanding tulang, dan boleh menyebabkan patah tulang dan kecacatan lengan, kaki dan tengkorak.

Pembedahan bulan depan akan mengambil masa lapan hingga 10 jam dan memerlukan sekurang-kurangnya empat pakar bedah.

Selepas pembedahan, remaja ini memerlukan sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi untuk membina semula rahangnya dan menggantikan giginya.

-fotoTheSun

"Ia tidak berbahaya, bermakna ia bukan kanser. Ia tidak akan merebak ke bahagian badannya yang lain, tetapi ia mengancam nyawa dengan beratnya.

"Rahang bawahnya normal. Dia mendapat makanan melalui mulutnya sebaik mungkin." -TheSun

ketumbuhan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Netizen Maki Pejalan Kaki

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin