Ibu Dapat Habuan Lepas 'Rancang' Penyakit Anak - Dunia | mStar

Ibu Dapat Habuan Lepas 'Rancang' Penyakit Anak

-fotoEast2West News

SEORANG ibu berdepan hukuman 10 tahun penjara selepas membiarkan anak lelakinya kebuluran semata-mata mahu menuntut beberapa faedah.

Lyubov Korotkova dituduh melakukan perbuatan 'sangat kejam, memalukan dan menyiksakan' selama lapan tahun, selain menipu doktor dengan menyatakan anaknya menghidap penyakit aneh.

Pada usia 11 tahun, anak angkatnya, Valery Kondourov mempunyai berat badan kurang dari 12.7kg dengan ketinggian 3 kaki 5 inci, sama dengan berat seorang budak lelaki berusia lima tahun.

-fotoEast2West News

Penyiasat negeri di Rusia menuduh Koprotkova, lewat 40-an yang kini sedang ditahan sementara menunggu perbicaraan jenayahnya, dengan sengaja merancang untuk menuntut faedah palsu dengan membiarkan kanak-kanak itu kelaparan, sehingga dia kelihatan sakit.

"Dia membiarkan budak itu lapar dan terpaksa mengambil ubat untuk mewujudkan manifestasi klinikal penyakit perut," kata sumber penguatkuasaan undang-undang.

"Setelah menipu doktor, dia berjaya mendaftarkan anaknya sebagai kurang upaya dan mula menerima bantuan kewangan, pampasan dan elaun lain.

"Dia telah mencuri faedah negara sebanyak £20,000  tetapi turut menerima sumbangan menurut laporan mengenai tuduhan terhadapnya yang turut termasuk penipuan dan menyebabkan 'kemudaratan kesihatan dengan sengaja' kepada anaknya itu."

Kes itu mendapat perhatian pada  Mei tetapi setelah penyelidikan dilakukan, Korotkova berdepan hingga sepuluh tahun penjara jika dihukum.

Korotkova menipu pegawai-pegawai tempatan yang melihatnya sebagai 'wira' dengan membantu seorang budak lelaki yang sakit teruk. -metroUK

penyakit aneh , ibu kejam

Artikel Sebelum

Perkhidmatan MRT Diberhentikan Sementara

Artikel Berikut

Pertembungan Dua Tren MRT Di Singapura

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain